Dr Mahathir, Anwar sertai forum keamanan di Jakarta
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengambil bahagian dalam Forum Aman Dunia selama tiga hari di Jakarta Isnin ini.
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengambil bahagian dalam Forum Aman Dunia selama tiga hari di Jakarta Isnin ini.
Forum tersebut akan turut disertai oleh kira-kira 50 pemimpin agama lain dan tokoh politik dari 28 negara untuk membincangkan usaha-usaha untuk mewujudkan keamanan dunia.
Forum yang bertemakan 'Satu Kemanusian, Satu Destini dan Satu Tanggungjawab' itu diadakan bagi mencapai beberapa matlamat termasuk meningkatkan rangkaian dialog antara peradaban bagi mempromosikan sikap tolak-ansur dan hormat menghormati, serta menerokai perbezaan peradaban bagi bekerjasama mewujudkan keamanan dunia.
Menurut buku program yang diperolehi Bernama, forum tersebut adalah anjuran bersama Muhammadiyah pertubuhan Islam kedua terbesar di Indonesia dan Persatuan Pelbagai Kebudayaan yang berpejabat di Jakarta.
Menurutnya, Dr Mahathir akan menyampai ucaptama di simposium antarabangsa di Hotel Hilton di Jakarta Selasa ini.
Manakala Anwar pula akan menjadi ahli penal dalam sesi perbincangan mengenai 'Satu Tanggungjawab: Berkerjasama untuk Keamanan Dunia' bersama dengan para pemimpin dari Russia, Indonesia, Australia dan Singapura.
Sempena forum tersebut yang akan dirasmikan oleh Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kala, satu pameran yang bertajuk 'Mesej Keamanan Dunia Laksamana Cheng Ho' akan diadakan di hotel tersebut, yang akan memaparkan bahan dari Muzium Cheng Ho Malaysia dan Muzium Cheng Ho Semarang, Surabaya, Aceh dan Muzium Negara Jakarta.
Satu deklarasi mengenai keamanan dunia dijangka dikeluarkan di hujung forum tersebut.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.