Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB Kedah perlu jelaskan kenapa tergesa-gesa roboh kuil - MIC

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M Saravanan hari ini menggesa Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor supaya menjelaskan pendiriannya berhubung kuil dan tempat ibadat, susulan perobohan sebuah kuil di negeri itu baru-baru ini.

Timbalan Presiden MIC itu menyuarakan rasa kecewa dengan tindakan sendirian Muhammad Sanusi merobohkannya, walaupun menteri besar itu sudah berjanji dalam mesyuarat Julai lepas akan memaklumkan kepada beliau dan juga Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique sekiranya ada kuil yang akan dirobohkan.

"Menteri besar Kedah perlu membuat penjelasan mengapa kuil itu dirobohkan secara tergesa-gesa tanpa sebarang rundingan,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Selasa lepas Majlis Bandaraya Alor Setar merobohkan kuil Sri Raja Muniswarar di Taman Bersatu, Kuala Kedah, yang dipercayai berusia lebih 50 tahun.

- Bernama

Lihat Komen
ADS