Paling Popular
Terkini

Seramai 49 orang warga asing membunuh diri dalam tempoh Mac hingga Oktober tahun ini.

Kebanyakan kes melibatkan negara pengeksport tenaga kerja ke Malaysia.

Menurut statistik yang dikongsi oleh Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang Bukit Aman, warga Myanmar paling banyak membunuh diri dengan 14 kes, diikuti Bangladesh (9), Indonesia (6), India (5), Pakistan (2).

Warga Britain, Vietnam dan Australia mencatatkan masing-masing satu kematian. Satu kes tidak dapat dikenal pasti kewarganegaraannya.

Hampir kesemua punca kematian berkaitan dengan masalah kewangan dan keluarga (48 kes). Hanya satu kes melibatkan masalah mental.

Sumber polis memberitahu Malaysiakini, kebanyakan kes bunuh diri berlaku di rumah kongsi.

Polis percaya kebanyakan mereka berstatus pekerja asing.

Siasatan dibuat bawah kes kematian mengejut.

Tiga daripada si mati tidak mempunyai dokumen sah.

Menurut pecahan negeri pula, Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi (14 kes), diikuti Perak (9), Pulau Pinang (7), Johor (4), Sarawak (4), Selangor (3), Pahang (3), Melaka (2), Terengganu (1), Kelantan (1) dan Sabah (1).

Pada Mac, ketika perintah kawalan pergerakan diperkenalkan (PKP) pada 18 Mac, hanya satu kes bunuh diri dicatatkan.

Bagaimanapun, angka kematian mula naik selepas itu.

April mecacatkan enam kes manakala Mei dan September pula mencatatkan angka paling tinggi dengan lapan kematian.

Jun, Ogos dan Oktober mencatatkan tujuh kes manakala Julai pula lima kes.

Lihat Komen
ADS