Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bersatu Perlis intai lapan kerusi pada PRU ke-15
Diterbitkan:  Dec 4, 2020 9:52 AM
Dikemaskini: 5:05 AM

Yakin Bersatu semakin mendapat tempat di Perlis, seorang pemimpin parti itu memberitahu mereka sedang menyasarkan tujuh kerusi DUN dan satu kerusi parlimen di negeri berkenaan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Menurut Setiausaha Bersatu Perlis, Izizam Ibrahim, sambutan orang ramai terhadap parti itu menunjukkan peningkatan dengan adanya lebih 50 cawangan di seluruh negeri.

Selain itu katanya jumlah anggota baru juga terus menampakkan peningkatan dari semasa ke semasa.

Dalam keadaan begitu Bersatu menyatakan kerusi yang sedang diusahakan untuk ditandingi mereka ialah DUN Pauh, Tambun Tulang, Kuala Perlis, Kayang, Chuping, Mata Ayer dan Titi Tinggi selain kerusi parlimen Kangar atau Padang Besar.

"Bagi Bersatu kami menyasarkan untuk bertanding sekurang-kurang dua atau tiga kerusi DUN di setiap parlimen di negeri ini," katanya seperti dipetik Utusan Online hari ini.

Untuk rekod secara keseluruhan Perlis hanya mempunyai tiga kerusi parlimen dengan dua daripadanya dimenangi BN pada PRU ke-14. Padang Besar diwakili Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin; manakala Shahidan Kassim di Arau.

Kerusi Kangar pula diwakili Amin Ahmad (Pakatan Harapan-PH).

Di peringkat negeri pula Perlis mempunyai cuma 15 kerusi dengan 10 dimenangi BN, tiga oleh PKR dan dua PAS.

Pada PRU lalu Bersatu - yang ketika itu mewakili PH kalah di semua lima kerusi DUN (Pauh, Guar Sanji, Mata Ayer, Tambun Tulang, Kayang) dan dua kerusi parlimen (Padang Besar dan Arau) yang diberikan iaitu

Izizam berkata Bersatu seboleh-bolehnya tidak mahu berlaku pertembungan dengan parti rakan dan perbincangan akan dijalankan bagi mencari persefahaman mengenai pembahagian kerusi tersebut.

“Namun apa juga keputusan terserah kepada pimpinan dan hasil perbincangan sesama parti,” katanya.

Di sebalik minat yang ditunjukkan Bersatu, parti itu dijangka berdepan kesulitan mendapat apa yang diingini kerana PAS dan BN sendiri memang memberi gambaran akan kekal meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi sebelum ini.

Kerumitan juga dijangka berlaku dalam isu pengagihan kerusi di antara BN dan PAS yang turut bertembung sesama sendiri pada 2018.

Lihat Komen
ADS