Najib gesa henti bincang tentang Dr M dan isu jambatan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa semua pihak agar supaya menghentikan perbincangan mengenai isu jambatan dan mengenai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menggesa semua pihak agar supaya menghentikan perbincangan mengenai isu jambatan dan mengenai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, isu tersebut sudahpun dijawab dan dijelaskan berulangkali oleh pihak kerajaan.
Oleh itu, isu tersebut tidak perlu lagi dipanjangkan, kata Najib kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Emas Jemaah Nazir Sekolah, di Petaling Jaya.
"Kita harap isu ini tidak berbangkit lagi. Sepatutnya sudah ada satu finaliti dalam isu ini, ia tidak perlu berterusan lagi," katanya.
Menurut laporan Bernama, beliau diminta mengulas mengenai kewajaran tindakan Dr Mahathir yang belum berpuas hati dengan penjelasan kerajaan berhubung isu pembatalan pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan tidak akan menarik balik keputusan kabinet membatalkan projek itu.
Menurut Abdullah, keputusan itu dibuat setelah kabinet membincangkannya secara teliti dan mengambil kira kepentingan rakyat.
Sebelum itu, media melaporkan Dr Mahathir berkata beliau hanya akan berhenti mengkritik kerajaan sekiranya pembinaan jambatan itu diteruskan semula.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.