Malaysiakini
BERITA

Polis tahan dua lagi suspek insiden pergaduhan di depan Plaza Low Yat

Bernama

Diterbitkan

Polis telah menahan dua lagi suspek berhubung insiden pergaduhan di depan Plaza Low Yat di Bukit Bintang semalam, menjadikan jumlah individu yang ditahan ialah 44 orang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kedua-dua suspek telah ditahan malam tadi pada kira-kira 1 pagi selepas menyerah diri kepada polis.

"Jumlah keseluruhan tangkapan ialah 44 penduduk tempatan iaitu 41 lelaki dan tiga perempuan yang terdiri daripada pemilik kedai, pekerja dan orang awam berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun.

"Mereka kini ditahan reman selama tiga hari mulai 5 hingga 7 Dis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," menurutnya dalam satu kenyataan.

Pada Sabtu, polis menerima panggilan orang awam berhubung satu pergaduhan membabitkan pelanggan di kedai menjual komputer dan komputer riba.

Beberapa klip video yang dimuat naik di laman media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di depan plaza itu yang kemudian berlanjutan sehingga ke dalam premis tersebut.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.