PAS gesa penggabungan ECM Libra-Avenue Capital dibatalkan
PAS menggesa kerajaan membatalkan penjualan syarikat milik kerajaan Avenue Capital Resources Berhad kepada ECM-Libra kerana telah berlaku perubahan besar dalam struktur pegangan saham syarikat tersebut.
PAS menggesa kerajaan membatalkan penjualan syarikat milik kerajaan Avenue Capital Resources Berhad kepada ECM-Libra kerana telah berlaku perubahan besar dalam struktur pegangan saham syarikat tersebut.
Setiausaha Agungnya, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, tindakan Khairy Jamluddin dan seorang lagi ahli lembaga pengarah ECM-Libra, Datuk Kalimullah Masherul Hassan menjual sebahagian saham milik mereka menyebabkan berlaku perubahan besar dalam s
truktur syarikat itu.
"Oleh kerana urusan pengambilan ECM-Libra terhadap Avenue Capital masih belum selesai, maka perubahan pegangan saham yang drastik ini boleh dianggap sebagai menukar syarat-syarat jual-beli antara kedua-dua pihak."
"Ini bererti Suruhanjaya Sekutiti sebagai pihak yang bertanggungjawab mengawalselia pengambialihan syarikat milik kerajaan, mesti membatalkan perjanjian tersebut," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di ibu negara.
PAS juga menggesa Kementerian Kewangan sebagai pemegang saham utama Avenue Capital mengambil tindakan membatalkan urusan jual-beli itu.
Kamaruddin juga mempersoalkan dakwaan Khairy yang mengatakan beliau kerugian sebanyak RM200,000 akibat penjualan 10.2 juta sahamnya pada kadar RM0.65 sen seunit.
"Khairy mendakwa beliau membeli saham tersebut pada harga RM0.71 sen seunit pada tahun lalu. Ini bermakna beliau telah kerugian sebanyak RM0.06 sen seunit saham.
"Jika pegangan saham sebanyak 10.2 juta didarab dengan RM0.06 sen maka Khairy akan kerugian sebanyak RM612,000," katanya lagi.
Sabtu lalu, Khairy mengumumkan penjualan semua pegangannya dalam syarikat tersebut kerana mahu
menumpukan perhatian pada politik dan melindungi kepentingan para pemegang saham dan kakitangan ECM-Libra dari terus dikaitkan dengannya.

