Bekas Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun meletak jawatan sebagai pengerusi bebas dan bukan eksekutif Inix Technologies Holdings Bhd, kurang seminggu setelah dilantik ke jawatan tersebut.

Menurut pemfailan syarikat dengan Bursa Malaysia semalam, Fuzi mengundurkan diri untuk "menghabiskan lebih banyak masa untuk kepentingan peribadi dan perniagaan yang sedang berjalan".

Dia digantikan oleh Syed Mohd Yusof Syed Nasir yang juga pengarah di Titijaya Land Berhad.

Fuzi dilantik sebagai ahli lembaga syarikat perkhidmatan IT itu pada 2 Disember lalu bagi menggantikan bilionaire Macau, Wan Kuok Koi.

Wan sebelum ini dilantik ke jawatan itu pada 7 Ogos tahun ini, namun mengundur diri atas sebab peribadi.