Harga RON95, RON97 dan diesel naik 3sen
Diterbitkan: Dec 11, 2020 6:48 PM
Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik tiga sen seliter bagi tempoh seminggu bermula tengah malam ini.
Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON 95 ialah RM1.73, RON 97 (RM2.03) dan diesel (RM1.93).
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, menurut kenyataan itu.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.