Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki tikam perut anak sendiri ditahan polis

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki menikam bayi perempuannya yang berusia setahun lapan bulan di sebuah flat di Puchong Permai dekat Kuala Lumpur petang tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata penahanan itu dibuat selepas unit rondaan bermotosikal dari Balai Polis Bukit Puchong menerima aduan daripada orang awam kira-kira jam 4.30 petang.

Katanya sebaik tiba di lokasi kejadian, polis menahan lelaki berumur 27 tahun yang merupakan bapa bayi malang itu dan merampas sebilah pisau pemotong roti yang dipercayai digunakan untuk menikam perut mangsa.

"Bayi tersebut kemudian telah dikejarkan ke Hospital Serdang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Polis telah mengambil rakaman percakapan saksi-saksi untuk tujuan siasatan lanjut," menurutnya dalam satu kenyataan.

Abd Khalid berkata siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana mengamuk dan ujian air kencing telah dibuat bagi mengenal pasti sama ada lelaki itu berada di bawah pengaruh dadah atau tidak.

- Bernama

Lihat Komen
ADS