Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kemelut dalam Amanah N Sembilan perkara biasa - Mat Sabu

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menyifatkan pergolakan yang berlaku dalam Amanah Negeri Sembilan sebagai perkara biasa dalam mana-mana parti politik.

Beliau juga yakin kemelut yang dihadapi itu dapat diselesaikan secara baik menerusi perbincangan.

“Parti politik lain juga alami perkara sama, tiada masalah, kita akan cari jalan terbaik berbincang, proses ini biasa dan saya yakin kami akan jadi lebih kuat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Konvensyen Parti Amanah Negeri Sembilan, di Seremban hari ini.

Semalam dilaporkan enam daripada lapan ketua kawasan Amanah Negeri Sembilan tidak akan menghadiri konvensyen parti itu kerana mendakwa kepimpinan Amanah negeri yang sedia ada tidak sah dan pemilihan semula perlu diadakan sebelum penganjuran konvensyen.

Sementara itu, ditanya mengenai kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan ahli Dewan Rakyat yang mencukupi bagi membentuk kerajaan baharu, Mohamad berkata beliau juga sedang menunggu perkembangan selanjutnya.

Media semalam melaporkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang sekali lagi akan cuba menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mengemukakan bukti beliau kini mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).

- Bernama

Lihat Komen
ADS