Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pengerusi Finas sertai Bersatu
Diterbitkan:  Dec 13, 2020 8:24 PM
Dikemaskini: 12:37 PM

Pengerusi Finas Zakaria Abdul Hamid mengumumkan menyertai Bersatu hari ini, bersama 300 ahli pertubuhan Penggerak Komuniti Negara (PKN).

"Penyertaan Zakaria akan disusuli dengan penyertaan anggota PKN seluruh Pahang yang dianggarkan seramai 3500 orang dalam tempoh terdekat ini," kata satu kenyataan.

Penggerak Komuniti Negara adalah organisasi berkaitan dengan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Zakaria mengetuai organisasi itu di Pahang.

Zakaria berpihak kepada kumpulan 10 ahli parlimen PKR yang berpaling tadah kepada Bersatu dan membantu menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan.

Dia sebelum ini ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang dipecat daripada parti pada November 2019.

Zakarian kemudian menyertai kumpulan 10 MP PKR yang menyokong langkah Sheraton.

Mei lalu, Zakaria dilantik sebagai pengerusi Finas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah, yang juga salah seorang 10 MP PKR yang keluar parti itu.

Zakaria dan ahli organisasi PKN lain menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada timbalan ketua Bersatu Kuantan awal hari ini.

Zakaria segera dilantik menerajui biro kebajikan rakyat, kebudayaan dan kesenian Bersatu bahagian itu.

Dia juga akan ditugaskan mengendalikan pemilihan Bersatu bahagian Medan Tok Sira.

Lihat Komen
ADS