Proses pendaftaran pelarian Rohingya digantung
Jabatan Imigresen hari ini menggantung pendaftaran pelarian Rohingya berikutan wujudnya dakwaan berlakunya rasuah dan penipuan.
Jabatan Imigresen hari ini menggantung pendaftaran pelarian Rohingya berikutan wujudnya dakwaan berlakunya rasuah dan penipuan.
Berita mengenai penggantungan tersebut diumumkan beberapa jam selepas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengumumkan akan menyiasat dakwaan tersebut.
Suruhanjaya itu juga akan menghantar anggotanya ke depoh imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) esok untuk mengumpulkan maklumat mengenainya.
Pesuruhjaya Suhakam, Datuk N Siva Subramaniam berkata pihaknya telahdimaklumkan melalui saluran rasmi bahawa proses pendaftaran pelarian Rohingya itu yang dimulakan pada 1 Ogos lalu, telah diberhentikan.
Bagaimanapun, tidak jelas apakah punca proses pendaftaran itu digantung.
Dianggarkan seramai 12,000 pelarian Rohingya yang lari ke Malaysia kerana bimbang dikenakan tindakan oleh regim tentera Burma telah mengalu-alukan proses pendaftaran tersebut.
Melalui proses tersebut, pelarian Rohingya itu akan diberi dokumen pengenalan diri IMM 13 yang membolehkan mereka mencari pekerjaan dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Bawa anak
Berikutan itu pelarian Rohingya dari seluruh negara telah datang berkumpul di luar pintu depoh tesebut, sesetengahnya turut membawa bersama anak-anak mereka.
Bagaimanapun, timbulkan dakwaan berlaku bahawa penyelewangan dalam proses pendaftaran tersebut.
Selasa lalu, malaysiakini melaporkan mereka yang bukan pelarian Rohingya, malah bukan pendatang dari Burma pun, turut menghadiri temuduga itu dan diberi dokumen tersebut, sedangkan ramai pelarian Rohingya didakwa menunggu sejak berhari-hari di luar depoh tersebut, termasuk mereka yang datang bersama anak-anak sejauh dari Johor.
Mereka menuding jari ke arah pihak berkuasa. Manakala pihak berkuasa pula mendakwa pemimpin masyarakat Rohingya yang telah menjual kepentingan masyarakat mereka sendiri.
Dua laporan polis telah dibuat mengenainya di samping satu aduan dihantar kepada Suhakam semalam oleh Timbalan Ketua Pusat Maklumat Rohingya (RIC), Abdul Ghani Abdul Rahman.
Bagaimanapun, Siva (foto0 berjanji akan menyiasat secara terperinci dakwaan tersebut.
"Saya tidak kisah sama ada proses (pendaftaran) itu telah digantung atau tidak. Kami mahu melihat sendiri keadaan dan mendapat penjelasan mengenainya," katanya ketika hubungi.
Laporan polis
"Malah, tindakan mereka menggantung proses (pendaftaran) tersebut membayang ada sesuatu yang tidak kena," tambahnya.
Siva juga berkata, Suhakam 'berminat' untuk menemui Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Aseh Che Mat berhubung perkara tersebut.
"Penggantungan tersebut tidak bermakna kami tidak akan menyiasat dakwaan itu," tambahnya.
Sebelum ini, para pegawai Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen mendakwa, Abdul Ghani yang sebelum ini pernah menganggotai jawatankuada untuk menemuduga pelarian Rohingya telah menjadi antara 'ejen' yang membawa mereka yang bukan pelarian Rohingya untuk menghadiri temuduga tersebut.
Mereka mendakwa, itulah sebabnya mengapa Abdul Ghani telah ditegah daripada menghadiri proses temuduga tersebut sejak 7 Ogos lalu.
Abdul Ghani menafikan dakwaan tersebut dan telah membuat dua aduan polis berhubung dakwaan berlakunya rasuah dan penipuan dalam urusan tersebut.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.