Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Usah buat rayuan, saya tak benarkan warga asing kerja di pasar borong’
Diterbitkan:  Dec 17, 2020 12:45 PM
Dikemaskini: 4:45 AM

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa bertegas bahawa mulai tahun depan, hanya penduduk tempatan yang boleh diambil untuk bekerja di pasar borong Kuala Lumpur.

Katanya, dia tidak akan menerima sebarang rayuan daripada pemborong yang ingin mengambil pekerja asing.

“Jawapan saya tetap. Saya tidak benarkan warganegara asing berkerja di situ. Ambil warga tempatan berkerja...

“Usah cuba buat rayuan lagi. Ini dasar,” ciapnya di Twitter, malam semalam.

Pada 23 Oktober lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengeluarkan notis kepada pemborong bahawa mulai 1 Januari, mereka hanya dibenarkan mengambil pekerja tempatan.

Mereka yang tidak mematuhi peraturan itu boleh berdepan dengan kehilangan lesen perniagaan mereka.

Pemborong, bagaimanapun, memprotes tindakan itu sebagai tidak masuk akal kerana pekerja berkenaan mempunyai permit yang sewajarnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS