Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKPB di KL, Selangor, Sabah dilanjutkan hingga 31 Dis

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan hingga 31 Dis ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan trend dan peningkatan kes positif Covid-19 di kesemua kawasan berkenaan.

Pelaksanaan PKPB di tiga wilayah berkenaan sebelum ini dijadualkan tamat pada 20 Dis.

Ismail Sabri berkata di Selangor, kerajaan setuju melanjutkan PKPB di seluruh negeri itu kecuali di Sabak Bernam, Hulu selangor dan Kuala Selangor yang kembali diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Di negeri-negeri lain, PKPB turut dilanjutkan melibatkan Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 13 Timur Laut di Pulau Pinang; Ipoh dan Chemor (Perak); Seremban dan Port Dickson (Negeri Sembilan) serta Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai (Johor)

- Bernama

Lihat Komen
ADS