1,683 kes baru, enam kluster baru, tiada kematian
Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini melaporkan terdapat 1,683 kes baru Covid-19 setakat pukul 12 tengah hari ini dengan tiada kematian baru.
Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 90,816 kes dengan jumlah kes aktif pula sebanyak 15,140 kes.
Selangor kekal melaporkan kes harian baru tertinggi iaitu 692 kes atau 41.1 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Ini diikuti oleh Sabah yang melaporkan sebanyak 260 kes (15.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 197 kes (11.7 peratus).
Berikut kes negeri-negeri lain: Negeri Sembilan (174), Johor (77), Pulau Pinang (37), Kedah (4), Perak (65), Labuan (19), Sarawak (1), Pahang (6), Melaka (140), Kelantan (1), Terengganu (4), Putrajaya (6). Sama sperti semalam tiada kes baru di Perlis.

Perincian utama:
Kes aktif: 15,140 kes (373 lebih banyak daripada hari sebelumnya)
Pesakit di ICU: 106 (angka sama daripada hari sebelumnya)
Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 51 (2 kurang daripada hari sebelumnya)




