Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Ayob Khan
Diterbitkan:  Dec 20, 2020 3:43 PM
Dikemaskini: 7:43 AM

Polis Johor sedang menyiasat kes ugutan bunuh ke atas Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Khan Mydin PItchay, yang dipercayai melibatkan tiga ahli kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Menurut Ayob Khan, dua minggu lepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam, yang memberitahu bahawa tiga lelaki dari Selangor dikatakan akan turun ke Johor untuk membunuhnya, dan polis sentiasa memandang serius terhadap sebarang ancaman terhadap keselamatan anggotanya.

“Kita percaya ia panggilan dari warga tempatan, kerana panggilan yang dibuat kepada pembantu peribadi saya itu menggunakan Bahasa Malaysia, tapi itu semua dalam siasatan,” katanya kepada ditanya pemberita hari ini.

"Saya tak pasti isu apa.. Saya dah lama tinggalkan Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas, Cawangan Khas, Bukit Aman.. saya tak buat lagi isu-isu keganasan tak tahulah kenapa isu ini ditimbulkan kembali,” tambahnya.

Jumaat lepas, Ayob Khan dalam temu bual bersama sebuah akhbar tempatan di platform sosial media Facebook mendedahkan beliau menerima ugutan bunuh, yang dipercayai daripada ahli kumpulan LTTE yang telah dilabelkan oleh polis Malaysia sebagai kumpulan pengganas.

Sementara itu Ayob Khan berkata kontinjen Johor merupakan kontinjen polis pertama di Malaysia yang berjaya melengkapkan pembancian e-census 100 peratus melibatkan 12,267 pegawai kanan polis, anggota dan pegawai awam dari 10 jabatan, tujuh formasi dan 13 daerah di negeri ini.

Katanya, Kontinjen Johor dengan kerjasama Jabatan Jabatan Perangkaan Johor telah membuka klinik e-census di Dewan Serbaguna IPK Johor pada 27 Ogos, 27 September dan 27 Oktober lepas.

- Bernama

Lihat Komen
ADS