Pakcik Amir Wahab yang berniaga kuih sejak lima tahun lalu, bersungut kerana menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan gula yang mencukupi bagi menyediakan kuih-muih jualannya.

"Saya memerlukan kira-kira 12 hingga 13 kilogram gula setiap lima hari, tetapi kadang-kadang kedai hanya menghad jualan kepada dua kilogram sahaja pada satu masa... ianya tidak mencukupi," katanya.

"Dan kadangkala tiada bekalan gula langsung," kata Pakcik Amir yang berniaga di geraiknya di Bangsa Utama, dengan dibantu oleh isterinya.

Tanpa jumlah gula yang mencukupi, beliau terpaksa mengurangkan jumlah kuih-muih dan ini turut menjejaskan pendapatan hariannya.

"Sumber pendapat saya hanyalah daripada jualan di gerai ini dan kini keadaan menjadi semakin sukar," katanya.

Pakcik Amir tidak kisah jika harga gula dinaikkan, tetapi kadar kenaikannya mestilah munasabah.

"Sesetengah kedai menjual gula pada harga RM2 sekilogram sedangkan harga runcitnya ialah antara RM1.40 hingga RM1.45 sekilogram.

"Kenaikaan yang begitu banyak memang tidak boleh diterima," tambahnya. [Lihat klip video]

Turut berniaga tidak jauh dari gerai Pakcik Amir ialah Bakri Taufik (foto), tetapi beliau tidak begitu teruk terjejas oleh masalah kekurangan gula.

Ini kerana beliau hanya menjual pisang goreng, ubi keladi goreng, ubi kayu goreng dan ubi keledek goreng. Oleh itu, keperluan gulanya tidaklah banyak hanya dua kilogram sehari, dan jumlah itu tidak sukar untuk diperolehinya.

"Kecuali bagi ubi kayu goreng, yang lain-lainnya tidak banyak menggunakan gula, jadi kekurangan gula sekarang tidak menjejaskan saya langsung," katanya.

Bakri membeli gula pada harga RM1.50 sekilogram dan menurutnya itulah harga yang dibayarnya sejak lima tahun lalu. [Lihat klip video]

Pernigaan terjejas

Bagaimanapun, tidak demikian halnya dengan Puan Rohaya Rahim. Beliau berniaga menjual roti dan kek yang dibekalkannya kepada pengedar di Lembah Kelang dan penyediaan makanannya itu memerlukan 50 kilogram gula kastor setiap hari.

"Tetapi pada Hari Raya, saya buat 550,000 kuih-muih dan tahun ini, sasaran saya lebih tinggi lagi. Tetapi masalah kekurangan gula ini membimbangkan saya kerana saya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan gula kastor dan icing," tegasnya.

Dalam persediaannya untuk memenuhi permintaan kuih-muih bagi Hari Raya, Rohaya memerluka 50 kampit gula icing, masing-masing 25 kilogram dan 10 kampit gula kastor masing-masing 50kilogram.

"Pembekal kini menjual gula kastor dan icing dalam kuantiti yang kecil, menyebabkan saya terpaksa bayar lebih, tetapi saya tidak boleh menaikkan harga kuih saya kerana harganya telahpun ditetapkan," katanya.

Rohaya ingin tahu apakah tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Halehwal Pengguna bagi memastikan bekalan gula mencukupi untuk musim perayaan yang akan datang.

"Tarikh sasaran saya untuk mula membuat kuih raya ialah mulai 15 Ogos, tetapi saya masih menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan gula yang saya perlukan," tambahnya.

Bagi peniaga gerai seperti Pakcik Amir, kedatangan bulan puasa tidak lama lagi amat dinantikan kerana ketika itu umat Islam berbelanja besar untuk membeli kuih-muih bagi berbuka puasa.

Kecuali bekalan gula pulih kembali, Hari Raya tahun yang akan disambut dua bulan lagi, mungkin tidak semeriah yang diharap-harapkan oleh mereka. Berita asal

Bhgn 1: Bekalan gula: Tamatkan monopoli 'raja' gula.

Bhgn 2: Naikkan harga gula untuk atasi kekurangan bekalan?

Bhgn 3: Kekurangan gula: Bertindak tegas terhadap penyorok, penyeludup