Gerakan pluralisme semakin berleluasa, kata Abim
Gerakan fahaman pluralisme yang menganggap semua agama sama, semakin berleluasa di negara ini, termasuk di kalangan umat Islam, dakwa Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohamad.
Gerakan fahaman pluralisme yang menganggap semua agama sama, semakin berleluasa di negara ini, termasuk di kalangan umat Islam, dakwa Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohamad.
Sehubungan itu, katanya, pihak-pihak tertentu perlu bertindak membanterasnya dari awal lagi supaya ia tidak menular dan merosakkan masyarakat, terutama orang Islam.
"Fahaman ini telah menyerap ke dalam individu dan mempengaruhi seperti program kongsi raya dan berdoa bersama yang menjadi amalan masyarakat berbilang kaum di negara kita," katanya dalam ucapan perasmian Muktamar Abim di Cheras dekat ibu negara hari ini.
Muktamar kali ini dihadiri oleh kira-kira 600 perserta dan pembentangan tujuh kertas kerja termasuk dari luar negara.
Bagaimanapun, katanya, fahaman pluralimes ini belum mencapai tahap yang serius tetapi langkah pencegahan perlu ditangani segera sebelum merebak dan menjadi wabak di negara ini.
Gesaan lantang
Beliau berkata, Abim dan umat Islam tidak menolak konsep masyarakat majmuk tetapi umat Islam perlu sedar bahawa agama Islam tidak boleh disamakan dengan agama lain.
Dalam ucapan perasmiannya itu, Yusri juga menyentuh mengenai usaha-usaha pihak tertentu yang cuba merendah dan meruntuhkan status agam Islam sebagai agama Persekutuan.
Di samping itu, katanya, terdapat gesaan secara lantang yang menuntut Perkara 121 (1A) yang memberikan bidangkuasa khusus kepada Mahkamah Syariah, dimansuhkan.
Katanya, sudah jelas bahawa penularan fahaman-fahaman yang menyimpang ini merupakan pancaran daripada sikap ekstremis yang cuba mengelirukan umat Islam.
Beliau berkata, ada pula sekumpulan pertubuhan hak asasi manusia yang mendesak kerajaan mengkaji semula perlaksanaan undang-undang jenayah Islam yang didakwa tidak menepati piawai hak asasi manusia sejagat.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.