Malik Imtiaz akan dapatkan nasihat polis
Peguam Malik Imtiaz Sarwar akan mendapatkan nasihat polis sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap risalah ugutan yang diterimanya berhubung isu murtad membabitkan Lina Joy atau nama asalnya Azlina Jailani.
Peguam Malik Imtiaz Sarwar akan mendapatkan nasihat polis sebelum mengambil sebarang tindakan terhadap risalah ugutan yang diterimanya berhubung isu murtad membabitkan Lina Joy atau nama asalnya Azlina Jailani.
Ketika dihubungi
malaysiakini
petang ini, beliau berkata: "Saya telah melihat sendiri risalah tersebut yang berbunyi 'Dikehendaki Mati' dan disertakan dengan gambar beliau yang diberikan oleh seorang kawannya baru-baru ini.
"Saya akan menemui pihak polis Isnin ini untuk mendapatkan nasihat bagi menentukan sebarang tindakan lanjut," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohamad yang mendakwa Malik telah menerima ugutan ekoran kes Lina Joy.
]
Yusri juga turut mengecam tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang membuat ugutan tersebut.
Selain Malik, kata Yusri, Kumpulan Artikel 11 dan beberapa individu turut menerima ugutan tersebut.
Kenyataan penuh
Malik berkata, beliau merasa amat bimbang dengan penyebaran risalah ugutan terhadap dirinya itu.
"Saya tidak tahu siapa yang bertanggungjawab menyebarkan risalah tersebut kerana ia tidak menyatakan pengenalan diri atau nombor telefon," katanya lagi.
Katanya beliau akan membuat kenyataan penuh mengenai perkara tersebut minggu depan selepas mendapatkan nasihat daripada pihak polis.
Pada 18 April 2001, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Lina untuk menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalannya dengan alasan sebagai seorang Melayu, dia tidak boleh meninggalkan agama Islam.
Lina kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan yang mengambil keputusan mengekalkan keputusan mahkamah tinggi sebelumnya.
Kes itu kemudiannya dibawa ke Mahkamah Persekutuan dan kini sedang menunggu penghakiman.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.