Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pengerusi PAC: Perjanjian kerahsiaan isu vaksin tak selari matlamat ketelusan
Diterbitkan:  Dec 23, 2020 3:53 PM
Dikemaskini: 7:53 AM

Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC), Wong Kah Woh berkata perjanjian kerahsiaan (NDA) yang disyaratkan untuk jawatankuasa itu oleh kerajaan sebelum diberi penerangan mengenai proses pemerolehan vaksin Covid-19 tidak selari dengan tujuan memberi ketelusan.

"Semua prosiding akan diikuti dengan laporan yang akan disampaikan ke Dewan Rakyat.

"Perjanjian kerahsian tidak memenuhi tujuan ketelusan," kata Wong di Twitter.

Wong berkata demikian sebagai balasan atas ciapan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yang menyatakan kesediaan memberi penjelasan kepada PAC mengenai perkara tersebut dengan syarat bahawa kandungan taklimat itu perlu dirahsiakan.

Khairy dilihat menggunakan media sosial untuk memberi gambaran ketelusan pihak kerajaan untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Ia berlaku ketika ramai pihak mempersoalkan perincian rundingan kerajaan dengan pengeluar vaksin Covid-19.

Khairy telah berulang kali mengundang Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang untuk bertemu dan menjelaskan masalah itu kepadanya.

Selain itu, Khairy mengatakan bahawa dia bersedia melaporkan kepada PAC yang katanya "dipengerusikan oleh DAP" mengenai perjanjian pemerolehan vaksin.

Wong nampaknya tersinggung dengan istilah "dipengerusikan oleh DAP", dan meminta Khairy membetulkan kenyataannya.

"PAC dipengerusikan oleh (Ahli Parlimen) Ipoh Timor dan bukan parti apa pun yang disertainya.

"Ini adalah tradisi kita sejak Ronald Kiandee menjadi pengerusi. Saya harap anda membetulkan ciapan terakhir anda," kata Wong kepada Khairy.

Ketika dihubungi, Wong mengatakan pertemuan PAC seterusnya dijadualkan pada 11 Januari.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS