Most Read
Most Commented
Read more like this

Calon peperiksaan Sijil Amanah Guaman (CLP) yang menerima kertas soalan bocor boleh dihukum penjara lima tahun jika sabit kesalahan menerima barang curi, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Som.

Katanya, polis telah mengenal pasti lima pelajar yang menerima kertas soalan itu untuk peperiksaan tahun ini, dan empat daripada mereka telah ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Menurutnya, polis juga telah menahan dua kakitangan Lembaga Kelayakan Profesion Undang-undang Malaysia. Seorang daripadanya disyaki menjual salinan draf soalan dan kertas soalan asal kepada calon peperiksaan itu.

"Siasatan setakat ini mendapati mereka yang terbabit telah menjual kertas soalan bagi peperiksaan itu di bulan Julai and bulan lalu dengan harga RM1,000 hingga RM 5,000 setiap satu. Mereka (yang menjualnya) juga dipercayai dihadiahkan telefon bimbit." katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Kakitangan terbabit, katanya, boleh dikenakan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 381, Kanun Keseksaan kerana mencuri harta benda milik organisasi tempat mereka berkerja.

Orang tengah

Selain itu, katanya, dua daripadanya pelajar terbabit dipercayai bertindak sebagai orang tengah menjual kertas peperiksaan tersebut.

"Dua daripadanya (pelajar) mendapatkan kertas soalan daripada organisasi ini dan menawarkannya kepada mereka (yang membeli) itu," katanya.

Mereka boleh dituduh dibawah Seksyen 414, Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membantu mengedarkan barang curi dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih tujuh tahun atau denda.

Menurut Salleh, polis menerima dua laporan pada 8 Oktober dan 12 November lalu.

Laporan pertama adalah mengenai kertas peperiksaan tambahan pada 8 Oktober manakala laporan kedua dibuat oleh Pengarah Pendaftar Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Abdul Wahad Said Ahmad mengenai kebocoran kertas peperiksaan yang diadakan pada 16 hingga 25 Julai tahun.

Isnin lalu, lembaga peperiksaan itu mengenepikan keputusan peperiksaan utama CLP Julai lalu dan keputusan peperiksaan tambahan bulan lepas berikutan kebocoran kertas soalan.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS