Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pesakit Covid-19 tanpa gejala disaran kuarantin kendiri beberapa hari
Diterbitkan:  Dec 28, 2020 12:14 PM
Dikemaskini: 12:38 PM

Individu yang disahkan positif Covid-19 namun tidak bergejala perlu melakukan kuarantin kendiri di rumah beberapa hari sebelum dibawa ke hospital ekoran masalah kekangan katil.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata keadaan itu dialami kerana ketika ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menangani peningkatan kes Covid-19 empat kali ganda dalam sehari.

“Ia berlaku di Sabah juga, kita bercakap mengenai 1,000 kes sehari.

"Ini kerana peningkatan ujian saringan dalam kalangan pekerja asing dan jangkaan lebih banyak kes akan ada.

“Pekerja asing tiada tempat untuk kuarantin… kita ada beribu di sini. Kita meningkatkan jumlah katil ke 10,000,” katanya seperti dipetik portal Malay Mail hari ini.

Noor Hisham berkata demikian susulan aduan daripada pemilik perniagaan yang mendakwa dua pekerjanya disahkan positif Covid-19 namun masih belum dibawa ke hospital untuk rawatan atau dihubungi pihak KKM.

“Dua dari pekerja saya positif. Sehingga kini, KKM masih belum hubungi mereka, tiada gelang pink, tiada apa-apa,” katanya lagi.

Ia berlaku selepas salah seorang daripada mereka ke hospital Sungai Buloh bersama teman lelaki dan ayahnya. Namun si bapa bersentuhan dengan pesakit Covid-19.

Bagaimanapun, selepas 48 jam, masih tiada maklumat berhubung keputusan ujian saringan mereka daripada pihak hospital.

Semalam, KKM telah merekodkan 1,196 kes baru positif Covid-19 di seluruh negara dengan Selangor, Kuala Lumpur, Sabah dan Johor antara negeri yang mencatatkan lebih 100 kes.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS