Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan digesa tubuhkan RCI isu kartel daging
Diterbitkan:  Dec 28, 2020 1:16 PM
Dikemaskini: 6:49 AM

Kerajaan digesa supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dan membuka kertas putih dengan segera untuk menyiasat isu kartel daging import halal, kata Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM).

Presiden PPMM, Che Hassan Che Johan berkata ia bertujuan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dalam melindungi kesucian imej Islam di peringkat negara mahupun antarabangsa.

“Bagaimana pihak penguatkuasaan tidak sedari perbuatan pengkhianat ini sudah berlaku bertahun tahun lamanya, apakah semua mereka telah disogok oleh pengkhianat-pengkhianat tersebut?” soalnya.

New Straits Times pada 21 dan 22 Disember lalu melaporkan kartel itu bersubahat dengan beberapa pegawai agensi kerajaan untuk membawa masuk daging kangaru dan kuda, yang dijual sebagai daging lembu halal.

Dalam kenyataan hari ini, Che Hassan meminta Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyiasat perkara itu.

Dia mencadangkan supaya proses pengimportan daging halal dikendalikan oleh satu atau dua agensi yang bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja.

Katanya, bukan seperti proses sedia ada yang membabitkan pelbagai agensi.

“Pihak persatuan mendesak kerajaan supaya pasukan pengkhianat negara dan agama ini dihukum dengan seberat-beratnya,” katanya.

Dia mencadangkan supaya pesalah diberikan hukuman sama seperti mengedar dadah, sekiranya undang-undang sedia ada dapat digubal.

Lihat Komen
ADS