Kolumnis popular dalam akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Dai ly Ouyang Wen Feng secara terbuka mengakui bahawa dia seorang homoseksual sewaktu majlis pelancaran bukunya di Kuala Lumpur semalam.

Buku dalam bahasa Cina itu yang bertajuk "Perjalananku", mengandungi catatan perjalanan hidupnya dari kecil, zaman rumahtangganya dan sehinggalah dia menyedari dirinya seorang homoksual.

Beliau membuat pengakuan tersebut di majlis berkenaan yang dihadiri oleh kira-kira 100 orang termasuk pasangannya Angel rakyat Sepanyol, rakan-rakan serta keluarganya.

Ouyang boleh dianggap sebagai seorang yang terkenal dari masyarakat Cina yang secara terbuka membuat pengakuan bahawa dia adalah seorang homoseksual.

"Mereka (homoseksual) mesti terlebih dahulu menerima dan mengiktiraf diri mereka sebelum meminta masyarakat menerima mereka," katanya kepada para hadirin.

Ouyang (foto) sedang mengikuti serentak dua pengajian peringkat kedoktoran (PhD) dalam bidang sosiologi di Universiti New York dan mengenai teologi di Universiti Boston.

Dia berharap menjadi seorang padri pada tahun 2010 selepas tamat pengajiannya dan merancang untuk menubuhkan He hopes Komuniti homoseksual Kristian.

Kolumnnya dalam akhbar tersebut yang bertajuk Di bawah Statue of Liberty pada umumnya mengenai isu-isu kritikal tentang Amerika Syarikat. Berita asal