Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jangan sensasikan isu jatuhkan imej ustaz, pendakwah
Diterbitkan:  Jan 5, 2021 12:57 PM
Dikemaskini: 4:57 AM

Masyakat dan media diminta agar tidak mensensasikan isu ustaz, pendakwah dan pengusaha madrasah, yang terlibat dalam kes penceraian, seksual dan lain-lain, kerana ia hanya melibatkan sebahagian kecil ahli agama di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau meminta masyarakat tidak menjatuhkan hukuman lebih awal sebelum mereka terbukti bersalah, kerana mereka (ahli agama) juga sebahagian daripada rakyat, yang tidak terlepas daripada dakwaan.

“Pada saya apa yang berlaku ini tidak menggambarkan hakikat sebenar seorang pendakwah dan selebriti agama, dalam negara kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan Program Jom Ke Sekolah 2021, di Kompleks PAS Kangar hari ini.

Sementara itu ditanya mengenai isu pengesahan jantina usahawan kosmetik kontroversi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat, beliau berkata perkara tersebut diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangar (JAIS), kerana kes itu berlaku di negeri tersebut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS