Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PAS tidak berkecil hati dengan usul kaji semula kerjasama

PAS tidak berkecil hati dengan pendirian semasa Umno negeri yang mahu mengkaji semula kerjasama antara kedua-dua parti.

Timbalan Mursyidul Am PAS Ahmad Yakob berkata, parti itu menyerahkan kepada pucuk kepimpinan dan sebarang arahan akan diterima.

"Tak ada (kecil hati), kita sebenarnya bersyukur selepas 22 bulan kerajaan PH perintah, dengan keadaan kita lihat memberi kesan amat besar kepada orang Melayu dan kedudukan Islam, bila dapat tukar (kerajaan) ini satu rahmat kepada kita.

"Kena sedar itu matlamat kita, kita dapat membentuk kerajaan yang membela semula. Itu yang penting," katanya

"Dan akan meneruskan perjuangan untuk menyatukan umat Islam dan bukan Islam bersama Umno," katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Kepada Penjawat Awam di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu, hari ini.

Ahmad yang juga menteri besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas desakan daripada pelbagai peringkat parti Umno yang mahu hubungan antara kedua-dua parti itu dikaji semula.

Terdahulu Pengerusi Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakob berkata, menerima usul daripada bahagian-bahagian supaya kerjasama antara Umno dan PAS perlu dikaji semula berdasarkan sikap PAS yang dilihat tidak mengutamakan hubungan dalam Muafakat Nasional (MN).

Sementara itu Setiausaha PAS Kelantan Che Abdullah Mat Nawi berkata, PAS sentiasa cuba menyejukan kepanasan politik supaya lebih harmoni dan stabil dalam kerajaan PN.

"Jadi walau apa pun kenyataan-kenyataan, PAS akan tetap berusaha untuk cuba menyatukan pimpinan-pimpinan Melayu-Islam.

"Ini memang kerja PAS," katanya ketika ditemui.

Lihat Komen
ADS