Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Zahid tak ada kena-mengena dalam pelantikan ini’
Diterbitkan:  Jan 5, 2021 3:26 PM
Dikemaskini: 7:45 AM

Nurulhidayah Ahmad Zahid, anak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, berkata pelantikannya sebagai ahli perbadanan SME Corporation tidak ada kaitan dengan bapanya.

Katanya, dia sendiri menyerahkan resume dirinya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Alhamdulillah. Tapi nak bagi tau Zahid Abah kepada Nurul takda kena mengena dalam pelantikan ini.

“Anak Zahid bawa resume/CV sendiri serah kepada menteri kerana merasakan beliau layak memberi sumbangan kepada agensi itu selaras dengan latar belakang pendidikan dan pengalaman dalam pelbagai bidang,” tulis Nurulhidayah di laman Instagram.

Pada majlis malam semalam, Wan Junaidi melantik Nurulhidayah dan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Cina Malaysia (Acccim) Koong Lin Loong sebagai ahli perbadanan SME Corporation.

SME Corporation adalah agensi yang menyelaraskan program pembangunan untuk perniagaan kecil, menyediakan khidmat nasihat dan berfungsi sebagai sekretariat Majlis Pembangunan PKS Usahawan Nasional (NESDC), yang dipengerusikan oleh perdana menteri.

Nurulhidayah, 42, adalah anak sulung Zahid. Menurut laman Linkedin, dia adalah pengarah eksekutif di Menara Rezeki Sdn Bhd dan rangkaian hotel mewah Kumpulan Ri-Yaz.

Dia juga adalah pengasas bersama syarikat tudung Couverture dan pernah menjadi ketua komunikasi korporat di Syarikat Perumahan Negara Bhd, ketika memulakan kerjayanya pada tahun 2002.

Nurulhidayah memiliki ijazah sarjana dan sarjana muda dalam bidang komunikasi korporat dari Universiti Putra Malaysia.

Lihat Komen
ADS