Kakitangan awam mohon bonus dua bulan
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam, memohon bonus dua bulan gaji dalam bajet 2007 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 1 September ini.
Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam, memohon bonus dua bulan gaji dalam bajet 2007 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 1 September ini.
Selain itu, Presidennya, Datuk Nordin Abd Hamid berkata, Cuepacs juga akan memohon semakan gaji pada tahap minimum 40 peratus.
"Permintaan untuk dua bulan bonus ini adalah berdasarkan kerajaan berpuas hati prestasi yang ditunjukkan oleh kakitangan kerajaan," katanya.
Beliau memberitahu pemberita demikian selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Dwi Tahunan Kesatuan Kakitangan Perkhidmatan Tadbir dan Awam Pasukan Polis Semenanjung Malaysia (Pacsu) ke-31 di Melaka semalam.
Menurut laporan Bernama, persidangan itu dirasmikan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Mohd Amir Sulaiman.
Dalam bajet 2006 kerajaan meluluskan pemberian bonus sebulan setengah gaji bagi kakitangan yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah serta bonus sebulan gaji bagi kakitangan berpendapatan lebih RM1,000 sebulan atau RM1,500, mana-mana lebih tinggi.
Mengenai kenaikan gaji minimum 40 peratus, Nordin berkata jawatankuasa semakan gaji sedang berusaha keras untuk menyiapkan semakan itu secepat mungkin.
"Sekiranya tidak sempat sebelum pembentangan bajet, kita akan kemukakan kepada kerajaan dalam masa terdekat," katanya.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.