Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
NPRA beri lampu hijau pada vaksin Pfizer
Diterbitkan:  Jan 8, 2021 5:59 PM
Dikemaskini: 9:59 AM

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah memberi lampu hijau kepada vaksin Pfizer-BioNTech bagi Covid-19.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menerusi laman sosialnya hari ini.

"Saya telah diberitahu oleh ketua pengarah kesihatan Noor Hisham Abdullah bahawa NPRA telah memberikan pendaftaran bersyarat untuk vaksin Pfizer.

"Kami masih menunggu beberapa maklumat tambahan dari Pfizer tetapi ini bermaksud ia boleh digunakan di Malaysia.

"Tahniah NPRA atas pendaftaran yang pantas," katanya.

Pada Disember lalu, Noor Hisham berkata NPRA perlu memastikan semua vaksin melalui proses penilaian dan ujian berasaskan prinsip kualiti, keselamatan dan keberkesanan sebelum didaftarkan untuk pasaran Malaysia.

Noor Hisham berkata skop NPRA juga untuk memastikan bahawa kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin dan ubat-ubatan berdaftar sentiasa terjamin melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans.

Lihat Komen
ADS