Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pakatan Harapan (PH) dijangka bermesyuarat pada jam empat petang ini.

Mesyuarat di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya itu dijangka menyentuh berkaitan pelaksanaan darurat tujuh bulan yang antaranya menyaksikan parlimen digantung dan pilihan raya umum tidak dapat diadakan.

Sumber bagaimanapun memberitahu Malaysiakini bahawa mesyuarat hari ini adalah mesyuarat bulanan biasa yang akan membincangkan pelbagai perkara berbangkit.

Pada 17 Disember lalu, mesyuarat Majlis Presiden PH dibatalkan selepas Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bersama menyeru kerjasama lebih luas di kalangan pembangkang.

Mesyuarat itu sepatutnya diadakan selepas pembangkang gagal menyekat Belanjawan 2021 pada bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat sehari sebelum itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah hari ini berkenan supaya darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos untuk membendung wabak Covid-19.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata parlimen akan digantung dan pilihan raya tidak akan diadakan, tetapi badan kehakiman, kerajaan awam dan kegiatan ekonomi akan berjalan seperti biasa.

Lihat Komen
ADS