Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
PKP: Istiadat pengurniaan darjah kebesaran Negeri Sembilan batal

Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan ke-73 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, Khamis ini, dibatalkan.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dr Razali Ab Malik berkata pembatalan berkenaan merupakan titah Tuanku Muhriz selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengawal penularan Covid-19, yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.

“Sehubungan dengan itu, semua atur cara yang dirancang sepanjang istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah adalah terbatal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Muhyiddin berkata kerajaan memutuskan untuk melaksanakan PKP di enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari bermula esok hingga 26 Jan.

Perdana Menteri berkata enam lagi negeri - Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan dilaksanakan PKP Bersyarat (PKPB) manakala PKP Pemulihan (PKPP) bagi Perlis serta Sarawak, untuk tempoh sama.

Hari ini, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos ini sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.

- Bernama

Lihat Komen
ADS