Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKP 2.0: Senarai sektor perniagaan yang dibenarkan dibuka
Diterbitkan:  Jan 13, 2021 11:21 AM
Dikemaskini: 3:21 AM

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyenaraikan sektor perniagaan di bawah kementerian itu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh perintah kawalan pergerakan kedua (PKP).

Senarai itu adalah seperti berikut:

  • Kompleks membeli-belah
  • Pasar raya/ pasaraya besar
  • Departmental stores
  • Farmasi/ penjagaan diri
  • Kedai serbaneka/mini mart
  • Dobi (tidak termasuk layan diri)
  • Restoran
  • Kedai perabot
  • Kedai emas
  • Kedai elektrik dan elektronik
  • Kedai buku dan alat tulis
  • Kedai hardware
  • Kedai makanan haiwan
  • Bengkel kenderaan, penyeleggaraan dan alat ganti
  • Pusat pengedaran dan jual kereta
  • Speciality retail stores atau stesen minyak

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi berkata, ia sejajar dengan keputusan kerajaan untuk membenarkan perniagaan dalam sektor perdagangan dan pengedaran beroperasi selama PKP itu.

PKP dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“KPDNHEP sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab dalam mengawal selia aktiviti perdagangan dan pengedaran di negara ini akan sentiasa memastikan rangkaian peruncitan, pengedaran dan pemborongan yang menjadi nadi kepada ekonomi domestik tidak terjejas...,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, hal ini juga dapat memberi keyakinan kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan bekalan asas di pasaran.

Bagi memastikan kelangsungan operasi, Alexander menambah, sektor perniagaan terbabit perlu memohon surat notifikasi pengesahan pendaftaran dengan mengakses portal Covid-19 Intelligent Management Systems.

Pihak KPDNHEP turut mengingatkan sektor perniagaan yang dibenarkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) PKP dengan hanya membenarkan 30 peratus kakitangan untuk bekerja dalam premis.

Kapasiti operasi kakitangan sokongan akan ditentukan oleh majikan.

Lihat Komen
ADS