Malaysiakini
BERITA

Zahidi positif Covid-19

Diterbitkan
Dikemaskini 13 Jan 2021, 8:45 pagi

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin disahkan positif Covid-19.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya hari ini, Zahidi membuat ujian saringan sebaik tiba dari Pulau Pinang pada 11 Januari lalu dan mendapat keputusannya awal pagi ini.

Menurut kenyataan itu, Zahidi telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh, Selangor untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

"Zahidi kini berada dalam keadaan yang stabil dan memohon maaf atas kesulitan yang timbul. Dia berdoa agar Allah mempermudah urusan semua yang terlibat," menurut kenyataan itu lagi.

Zahidi, 60, merupakan ahli Parlimen Padang Besar dan pemimpin kerajaan terbaru yang dijangkiti wabak itu.

Terdahulu, KKM mengesahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mustapa Mohamed, Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun turut positif.

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.