Malaysiakini
BERITA

Covid-19: 2 rakyat Malaysia antara kes import Singapura

Bernama

Diterbitkan
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan dua daripada 33 kes import Covid-19 yang tidak bergejala dilaporkan semalam, adalah rakyat Malaysia.

Kedua-dua lelaki yang merupakan pemegang permit kerja tiba dari Malaysia itu masing-masing dilabelkan sebagai kes 59230 dan 59232, menurut data penuh kementerian yang dikeluarkan pada Rabu.

Setakat tengah hari semalam, republik itu melaporkan sejumlah 38 kes baharu Covid-19 iaitu 37 import dan satu kes penularan tempatan melibatkan penghuni asrama.

Daripada jumlah kes baharu itu, kementerian memaklumkan 34 tidak menunjukkan gejala termasuk kes di asrama dan mereka dikesan daripada pengawasan dan saringan proaktif, manakala empat lagi kes bergejala.

Kesemua kes import termasuk dua rakyat Malaysia berusia 55 dan 44 tahun telah dikenakan notis duduk di rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Dengan angka kes baru itu menjadikan jumlah jangkitan di negara itu kepada 58,984 kes.

- Bernama

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.