Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKP di Kelantan, Sibu mulai esok
Diterbitkan:  Jan 15, 2021 5:29 PM
Dikemaskini: 12:36 PM

Perintah kawalan pergerakan (PKP) akan turut dilaksanakan di Kelantan dan Sibu, Sarawak, susulan peningkatan kes Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, PKP di seluruh Kelantan akan berkuat kuasa bermula 16 Januari (esok) hingga 25 Januari.

Penguatkuasaan di Sibu pula, yang turut meliputi Selangau dan Kanowit, berkuat kuasa bermula 16 Januari (esok) hingga 29 Januari.

Prosedur operasi standard (SOP) di dua kawasan itu adalah sama dengan negeri dan wilayah persekutuan yang kini dikenakan perintah itu.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara hari ini.

Menurut Ismail, terdapat peningkatan kes di Sibu dengan 251 kes sejak dua minggu lalu.

Sarawak adalah salah satu daripada dua negeri yang dikenaka PKP Pemulihan (PKPP) bermula 13 Januari hingga 26 Januari.

Bagi Kelantan pula, Ismail berkata terdapat peningkatan kes di mana antara 80 hingga 100 kes dilaporkan setiap hari, manakala jumlah kes aktif meningkat daripada 328 kepada 891 dalam tempoh dua mingu.

"Kementerian Kesihatan juga mengesahkan yang 90 peratus daerah di Kelantan telah menjadi zon merah dan zon jingga," katanya.

Zon merah adalah Kota Bharu, Bachok, Tumpat, Gua Musang, Machang, Kuala Krai, Tanah Merah, manakala dua zon kuning, meliputi Pasir Puteh dan Pasir Mas. Jeli kini menjadi zon jingga.

Lihat Komen
ADS