Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM umum bantuan Permai RM15 bilion
Diterbitkan:  Jan 18, 2021 4:09 PM
Dikemaskini: 9:49 AM

Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Bantuan Pelindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) bernilai RM15 bilion.

"Kerajaan telah berkali-kali membuktikan bahawa kita tidak akan berkompromi di dalam memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi.

“Maka, sukacita saya ingin umumkan pada hari ini, sebuah pakej bantuan Pelindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia, atau secara ringkasnya, Permai yang bernilai sebanyak 15 bilion ringgit,” kata perdana menteri.

Mengumumkan bantuan itu secara langsung dalam siaran TV sebentar tadi, Muhyiddin berkata Permai bertujuan menambah baik inisiatif sedia ada dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan.

Menurutnya lagi, sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan berteraskan matlamat untuk memerangi Covid19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Lihat Komen
ADS