PKR dakwa Pemuda Umno PP hanya mahu projek
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mendakwa pergerakan Pemuda Umno lantang bersuara membidas kerajaan negeri Pulau Pinang semata-mata untuk mendapatkan projek pembangunan di negeri itu.
Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang mendakwa pergerakan Pemuda Umno lantang bersuara membidas kerajaan negeri Pulau Pinang semata-mata untuk mendapatkan projek pembangunan di negeri itu.
Ketuanya, Amizuddin Ahmad berkata, selepas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon bertemu dengan Ketua Pemuda dan Ketua Umno bahagian, isu itu akan hanyut seolah-olah dilanda tsunami.
"Mereka bukan berbincang tetapi membahagikan projek sesama sendiri," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab tuduhan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Datuk Seri Hishaddun Tun Hussein bahawa Pemuda PKR bersifat baling batu sembunyi tangan dalam isu penggliran Ketua Menteri Pulau Pinang baru-baru ini.
Baru-baru ini Hishamuddin mendakwa Pemuda PKR bersifat baling batu sembunyi tangan manakala Pemuda Umno baling batu tunjuk tangan.
Amizuddin berkata, mengapa Pemuda Umno mahu menyalahkan orang lain sedangkan Umno mempunyai wakil paling ramai dalam dewan undangan negeri berbanding parti lain.
"Apa wakil Umno dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Abdul Rashid Abdullah buat untuk membela nasib Melayu.
"Adakah Umno akan bela nasib orang Melayu jika parti itu itu diberi peluang menjadi Ketua Menteri," katanya lagi.
Beliau berkata, Pemuda Umno sebenarnya meniupkan sentimen perkauman dan ini sangat bahaya kerana boleh menggugat keharmonian negara.
"Berbeza dengan PKR yang terdiri dari berbilang kaum dan agama. Bagi kami bukan masalah kaum tetapi sekiranya ia pemimpin yang lemah dan rasuah, kita menolak sama sekali tidak kira samaada ia Melayu, Cina atau India. Inilah politik baru yang diperjuangkan oleh PKR," tambahnya.
Beliau juga bertanya kenapa Isu ini dibangkitkan setelah kerajaan membentangkan dan memperuntukkan wang rakyat yang banyak untuk Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

