Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lebih 32,000 akaun alami gangguan bekalan air di Kelantan

Sebanyak 32,018 akaun melibatkan beberapa kawasan dalam empat jajahan mengalami gangguan bekalan air mulai semalam sehingga 30 Jan, menurut Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Dalam notis hebahan yang dikeluarkan semalam, AKSB memaklumkan daerah terlibat ialah Machang yang membabitkan 16,000 akaun, Pasir Puteh (9,539), Kota Bharu Selatan (5,979) dan Kota Bharu Timur (500).

Notis itu menjelaskan gangguan tersebut berlaku disebabkan kebocoran paip air mentah di Kampung Pulai Chondong, Machang, semalam.

Susulan itu, AKSB menutup sementara waktu operasi Medan Telaga Sungai Bagan yang melibatkan Loji Rawatan Air (LRA) Merbau Chondong, di Machang.

“AKSB dalam perancangan teliti untuk menggantikan saluran paip tersebut secara berjadual dan dijangka mengambil tempoh bermula hari ini hingga 30 Jan.

“Namun, ia bergantung kepada situasi di tapak dan AKSB akan memaklumkan status perkara ini dari semasa ke semasa,” menurut notis itu.

Pengguna boleh menghubungi Pusat Informasi dan Talian Aduan (Pintas) AKSB di talian 15777 atau WhatsApp 0195755777 atau muat turun aplikasi MyAKSB untuk maklumat lanjut.

- Bernama

Lihat Komen
ADS