Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat 3,346 kes baru Covid-19 yang dilaporkan setakat tengah hari ini.
Jumlah kes sembuh bagi tempoh sama pula adalah seramai 4,427 kes.
Ia mengatasi jumlah semalam dan maka merupakan rekod baru kes sembuh yang dilaporkan setakat ini.
Ini bermakna jumlah kes aktif menurun buat hari kedua berturut-turut selepas menyaksikan peningkatan selama 14 hari. Ia sedikit sebanyak mengurangkan tekanan terhadap sistem penjagaan kesihatan negara.
Daripada 3,346 kes baru, hanya tujuh merupakan kes import.
Daripada kes tempatan pula, sebahagian besar melibatkan warga tempatan iaitu sebanyak 2,602 kes (77.9 peratus). Kes melibatkan warga asing pula sebanyak 737 kes (22.1 peratus).
Selangor kekal sebagai negeri dengan kes baru tertinggi, iaitu 950 kes (28.4 peratus), diikuti Sabah dengan 431 kes (12.9 peratus) dan Kuala Lumpur dengan 390 kes (11.7 peratus).
Hanya 7.2 peratus kes baru hari ini, iaitu 242 kes, berkaitan dengan kluster di penjara, lokap dan depot tahanan.
Berikut maklumat utama wabak Covid-19 di Malaysia untuk hari ini:
Kes aktif: 41, 677 ↓ (kurang 1,092 berbanding semalam)
Pesakit dalam ICU: 265 ↑ (lebih 5 berbanding semalam)
Pesakit dengan bantuan pernafasan: 102 ↑ (kurang 1 berbanding semalam)
Korban: 11 ↑ (lebih 4 berbanding semalam)
Berikut pecahan kes baru mengikut negeri:
Selangor: 950 kes
323 kes daripada kluster, termasuk 83 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Jalan Sebelas
482 kes daripada saringan kontak rapat
1 kes import dari luar negara
144 kes daripada lain-lain saringan
Sabah: 431 kes
63 kes daripada kluster, termasuk 23 kes daripada kluster iaitu Kluster Jalan Segama dan Kluster Ladang Segama
298 kes daripada saringan kontak rapat
70 kes daripada lain-lain saringan
Kuala Lumpur: 390 kes
77 kes daripada kluster, termasuk 44 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Tapak Bina Sri Petaling
158 kes daripada saringan kontak rapat
3 kes import dari luar negara
152 kes daripada lain-lain saringan
Johor: 378 kes
88 kes daripada kluster, termasuk 29 kes daripada kluster-kluster baru iaitu Kluster Keluli Tujuh dan Kluster Jalan Tengar
171 kes daripada saringan kontak rapat
3 kes import dari luar negara
116 kes daripada lain-lain saringan
Sarawak: 255 kes
168 kes daripada kluster sedia ada
87 kes daripada lain-lain saringan
Terengganu: 179 kes
52 kes daripada kluster sedia ada
89 kes daripada saringan kontak rapat
38 kes daripada lain-lain saringan
Negeri Sembilan: 160 kes
62 kes daripada kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Bukit Emas
46 kes daripada saringan kontak
52 kes daripada lain-lain saringan
Melaka: 152 kes
95 kes daripada kluster sedia ada
39 kes daripada saringan kontak rapat
18 kes daripada lain-lain saringan
Pulau Pinang: 90 kes
14 kes daripada kluster sedia ada
26 kes daripada saringan kontak rapat
50 kes daripada lain-lain saringan
Kedah: 85 kes
15 kes daripada kluster sedia ada
28 kes daripada saringan kontak rapat
42 kes daripada lain-lain saringan
Kelantan: 77 kes
4 kes daripada kluster sedia ada;
49 kes daripada saringan kontak rapat
24 kes daripada lain-lain saringan
Pahang: 63 kes
15 kes daripada kluster sedia ada
34 kes daripada saringan kontak rapat
14 kes daripada lain-lain saringan
Labuan: 49 kes
19 kes daripada kluster sedia ada
22 kes daripada saringan kontak rapat
8 kes daripada lain-lain saringan
Perak: 46 kes
10 kes daripada kluster, termasuk 6 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Tembok Taiping
17 kes daripada saringan kontak rapat
19 kes daripada lain-lain saringan
Putrajaya: 38 kes
17 kes daripada kluster, termasuk 13 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Tapak Bina Flora
13 kes daripada saringan kontak rapat
8 kes daripada lain-lain saringan
Perlis: 3 kes
2 kes daripada saringan kontak rapat
1 kes daripada lain-lain saringan
Maklumat korban:
Kes 115,262 - Lelaki, 60 tahun, meninggal dunia di Hospital Tawau, Sabah.
Kes 147,822 - Lelaki, 83 tahun, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Kes 171,999 - Lelaki, 91 tahun, meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak.
Kes 172,507 - Lelaki, 60 tahun, meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
Kes 175,859 - Lelaki, 34 tahun, meninggal dunia di Hospital Melaka.
Kes 177,586 - Perempuan, 61 tahun, meninggal dunia di pusat perubatan swasta di Selangor.
Kes 179,046 - Lelaki, 85 tahun, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Kes 179,047 - Lelaki, 65 tahun, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Kes 179,682 - Perempuan, 54 tahun, jenazah dibawa ke Hospital Sibu, Sarawak.
Kes 179,708 - Perempuan, 36 tahun, meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak.
Kes 156,800 - Lelaki, 68 tahun, jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan, Sabah.
11 kluster baru
KKM memaklumkan terdapat sembilan lagi kluster baru - lapan berkaitan tempat kerja dan satu pusat tahanan - yang dikenal pasti hari ini, dengan 348 kluster yang aktif setakat ini.
Berikut adalah perincian kluster baru hari ini:
Kluster Jalan Sebelas
Daerah: Hulu Langat, Selangor
Lokaliti: Jalan KPB 11A, Balakong
Kategori: Tempat kerja
Kes pertama: 24 Jan
Jumlah kes: 83 daripada 715 yang disaring
Kluster Bukit Emas
Daerah: Seremban, Rembau dan Jempol, Negeri Sembilan
Lokaliti: Bukit Emas, Seremban
Kategori: Tempat kerja
Kes pertama: 16 Jan
Jumlah kes: 46 daripada 448 yang disaring
Kluster Tapak bina Sri Petaling
Daerah: Lembah Pantai, Kuala Lumpur
Lokaliti: Sri Petaling, Lembah Pantai
Kategori: Tempat kerja
Kes pertama: 24 Jan
Jumlah kes: 44 daripada 261 yang disaring
Kluster Tembok Taiping
Daerah: Larut, Matang dan Selama, Perak
Lokaliti: Pusat tahanan Taiping, Perak
Kategori: Pusat tahanan
Kes pertama: 18 Jan
Jumlah kes: 42 daripada 77 yang disaring
Kluster Ladang Segama
Daerah: Lahad Datu, Sabah
Lokaliti: Mukim Segama, Lahad Datu
Kategori: Tempat kerja
Kes pertama: 17 Jan
Jumlah kes: 22 daripada 80 yang disaring
Kluster Keluli Tujuh
Daerah: Johor Bahru, Johor
Lokaliti: Kawasan perindustrian Pasir Gudang
Kategori: Tempat kerja
Kes pertama: 24 Jan
Jumlah kes: 21 daripada 91 yang disaring
Kluster Jalan Segama
Daerah: Lahad Datu, Sabah
Lokaliti: Jalan Segama, Lahad Datu
Kategori: Tempat kerja
Kes pertama: 20 Jan
Jumlah kes: 20 daripada 40 disaring
Kluster Tapak Bina Flora
Daerah: Putrajaya
Lokaliti: Presint 11, Putrajaya
Kategori: Tempat kerja
Kes pertama: 24 Jan
Jumlah kes: 13 daripada 58 yang disaring
Kluster Jalan Tengar
Daerah: Johor Bahru, Johor
Lokaliti: Jalan Tengar, Pasir Gudang
Kategori: Pusat tahanan
Kes pertama: 24 Jan
Jumlah kes: 8 daripada 95 yang disaring
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.