Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Rasukan syaitan' punca Melayu Muslim malas mendaftar jadi pengundi - Hadi
Diterbitkan:  Jan 26, 2021 3:30 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata, ramai orang muda Melayu beragama Islam di negara ini "dirasuk syaitan-syaitan" tertentu kerana lemah mendaftar untuk menjadi pengundi.

Dalam kenyataan dikeluarkan petang ini duta khas perdana menteri ke Timur Tengah itu juga berkata, sikap itu berlaku kerana mereka terpengaruh dengan syaitan berwajah manusia.

"Kita menyaksikan kebencian terhadap politik berlaku kerana terpengaruh dengan syaitan berwajahkan manusia, termasuk umat Islam sendiri yang digerakkan oleh dalang-dalang mereka.

"Pemikiran Islam dalam diri mereka tidak bermaya, khususnya dalam kalangan bangsa yang beragama Islam.

"Hari ini di negara kita, dapat menyaksikan bahawa kaum Melayu yang beragama Islam paling lemah mendaftar untuk menjadi pengundi kerana berjaya dirasuk oleh syaitan-syaitan warisan penjajah dahulu," katanya.

Menurut Abdul Hadi pada masa sama bangsa lain yang bukan Islam pula saling berlumba dengan mengambil peluang untuk merampas kuasa politik. 

Lihat Komen
ADS