Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Laporan: Tentera Myanmar rampas kuasa, tahan Aung San Suu Kyi
Diterbitkan:  Feb 1, 2021 8:59 AM
Dikemaskini: 3:38 AM

  • Dikemaskini dengan perkembangan terbaru rampasan kuasa tentera

GLOBAL | Tentera Myanmar dilaporkan merampas kuasa daripada parti pemerintah, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) pimpinan Aung San Suu Kyi.

Menurut Reuters, Suu Kyi serta sejumlah pemimpin lain parti itu turut ditahan awal pagi ini.

Perkembangan itu beberapa hari selepas meningkatnya ketegangan antara pihak tentera dan kerajaan, yang mencetuskan kebimbangan akan berlakunya rampasan kuasa.

Menurut laporan itu, Ketua Tentera Myanmar Min Aung Hlaing dalam kenyataan telah menguatkuasakan darurat untuk tempoh setahun.

Penduduk turut memaklumkan askar kini sedang berkawal di dewan bandaraya di Yangon.

Capaian telefon di ibu kota Naypyitaw dan pusat komersial, Yangon terputus, capaian internet terjejas teruk dan saluran televisyen tergendala beberapa jam sebelum Parlimen bersidang buat kali pertama selepas kemenangan NLD dalam pilihan raya umum November tahun lalu.

Aung San Suu Kyi

Dalam pilihan raya itu, NLD menang 396 daripada 498 kerusi Parlimen.

Bagaimanapun, tentera beberapa kali mendakwa terdapat penipuan dalam pilihan raya, antaranya mendapati terdapat 8.6 juta kejanggalan dalam senarai pemilih di 314 kawasan mengundi.

Ia turut menggesa kerajaan dan suruhanjaya pilihan raya memeriksa semula keputusan. Bagaimanapun dakwaan penipuan itu disangkal suruhanjaya pilihan raya.

terdahulu, jurucakap NLD Myo Nyunt ketika mengesahkan penahanan pemimpin parti menggesa rakyat agar "tidak bertindak terburu-buru".

Ketegangan politik di Myanmar kian tegang minggu lalu apabila jurucakap tentera tidak menolak kemungkinan rampasan kuasa. Bagaimanapun tentera dalam kenyataan Sabtu lalu berkata pihaknya akan "melakukan apa saja untuk mematuhi lunas demokrasi pilihan raya yang adil dan saksama".

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS