Dakwaan ketuanan ekonomi Cina dipertikaikan
Penulis sebuah artikel yang menyatakan bahawa masyarakat Cina menguasai 60 peratus kekayaan di Malaysia perlu membuktikan dakwaannya itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Penulis sebuah artikel yang menyatakan bahawa masyarakat Cina menguasai 60 peratus kekayaan di Malaysia perlu membuktikan dakwaannya itu, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Mengulas tulisan Prof Shamsul Amri Baharuddin dalam Dewan Masyarakat keluaran bulan Ogos, Lim berkata, penegasan penulis mengenai'ketuanan ekonomi Cina' boleh dipertikaikan.
Katanya, angka-angka menunjukkan bahawa bumiputera mendominasikan banyak industri induk seperti pembankan dan sektor perladangan manakala syarikat kaitan kerajaan adalah antara syarikat-syarikat utama di bursa saham.
Sambil memetik cadangan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia untuk Rancangan Malaysia Kesembilan, Lim berkata, bumiputera menguasai kira-kira 45 peratus ekutiti dan bukannya 18 peratus seperti yang dilaporkan oleh Unit Perancangan Ekonomi.
Merujuk kepada cadangan yang sama, beliau berkata, penyertaan orang Melayu dalam perkhidmatan awam, terutama di peringkat pengurusan atasan, juga mencecah 83.95 peratus.
Oleh itu, kata Lim, adalah jelas bahawa orang Cina tidak lagi menguasai bidang ekonomi.
"(Rencana itu) adalah direka oleh ahli akademik yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda politik," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Katanya, beliau percaya rencana tersebut bertujuan untuk memprovokasi masyarakat Melayu dan Cina bagi mengalihkan perhatian daripada masalah dalaman Umno sekarang.
Artikel tersebut dikritik hebat oleh perwakilan Pemuda MCA sewaktu perhimpunan agung pergerakan itu Sabtu lalu.
Artikel tersebut menyebut bahawa masyarakat Cina memiliki hampir 60 peratus kekayaan di Malaysia sama ada dalam bentuk modal, harta atau ekuiti.
Oleh itu, ia membuat kesimpulan bahawa tidak dapat dinafikan wujudnya ketuanan ekonomi masyarakat Cina di negara ini.
Bagaimanapun, Lim berkata, hakikatnya ialah bangsawan baru Melayulah yang menguasai ekonomi Malaysia.
Sementara itu, Ketua Pemuda DAP (DAPSY) Nga Kor Meng telah membuat laporan polis terhadap Dewan Masyarakat berhubung artikel tersebut semalam. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.