Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Si botak’ buat kempen untuk beli tablet pula

Selepas mencukur rambut untuk kempen 1 Keluarga 1 Laptop, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kembali mengutip dana untuk membantu pelajar kurang berkemampuan di Muar, Johor.

Kali ini, anggota parlimen Muar menawarkan kursus pendek dalam talian yang menyasarkan untuk membeli tablet bagi memudahkan pelajar di Muar untuk mengikuti kelas dalam talian.

Menerusi inisiatif ThunderBOLD, bekas menteri belia dan sukan itu sendiri akan mengajar kursus yang merangkumi pemikiran kritikal, seni berpidato dan kemahiran menulis.

“Semasa saya mula menceburi bidang perbahasan, saya hampir tidak dapat bertutur dalam bahasa Inggeris, saya fikir Afrika adalah sebuah negara, dan pengetahuan umum saya sangat teruk. Tetapi perbahasan melengkapkan saya dengan pengetahuan yang saya perlukan.

“Saya sedang berusaha untuk membantu penduduk Muar yang kurang berkemampuan.

“Kali ini, saya ingin membantu mereka dengan mengajar sendiri (melalui kursus pendek),” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Menurutnya, orang awam boleh menyokong inisiatif itu sama ada mendaftarkan diri untuk kursus berharga RM200, menjadi penaja kepada pelajar lain atau membantu pelajar di Muar dengan menyumbang dana secara terus.

Sebelum ini, Syed Saddiq berjaya mengumpul dana sebanyak RM383,000 yang membantu lebih 300 keluarga di Muar untuk memiliki sebuah komputer riba.

Lihat Komen
ADS