Hisham: Jangan guna isu kaum cari populariti
Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan pemimpin pemuda BN supaya tidak membangkitkan isu bercorak perkauman untuk mencari populariti dalam kerjaya politik mereka.
Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan pemimpin pemuda BN supaya tidak membangkitkan isu bercorak perkauman untuk mencari populariti dalam kerjaya politik mereka.
Hakikatnya, kata beliau, dalam negara berbilang kaum dan berlainan latarbelakang masyarakat, rakyat mahukan pemimpin yang dapat mewakili semua kaum dan bukan memperjuangkan kepentingan kaum tertentu sahaja.
"Saya nasihatkan mereka yang suka menjadi popular untuk kaum mereka bahawa apabila mereka naik nanti, imej atau persepsi untuk pemimpin yang suka menggunakan isu perkauman untuk meraih populariti biasanya tidak begitu cerah.
"Percaya cakap saya, bila naik di bawah BN, yang mewakili semua kaum, rakyat tidak akan pilih pemimpin yang mempunyai imej satu kaum.
"Semua orang boleh lontar isu-isu panas, dapat sokongan dan populariti (kaum yang diwakili) tetapi bila nak jadi menteri, presiden parti, ketua pemuda atau sebagainya nanti, masyarakat tidak akan lupa perkara yang mereka ucapkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Pemuda dan Wanita Kebangsaan Gerakan ke-19 di menara PGRM di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut laporan Bernama, persidangan itu dirasmikan Timbalan Presiden Gerakan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Guna saluran dalaman
Hishamuddin yang juga Ketua Pemuda Umno dan Menteri Pelajaran berkata, pemimpin BN perlu menggunakan saluran dalaman tertentu sekiranya ingin menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap isu-su tertentu, selain memastikan kritikan mereka tidak berbau perkauman atau bersifat peribadi.
Pemimpin Pemuda BN, tegasnya, boleh memberikan kritikan terhadap isu-isu tertentu tetapi hendaklah memastikan kritikannya membina dan tidak bersifat peribadi atau kerana kepentingan golongan tertentu.
Berhubung kritikan terhadap kenyataan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bahawa parti komponen lain akan mengambil kesempatan jika Umno lemah, Hishammuddin berkata, ia sudah mulai reda dan ini membolehkan Khairy memberikan penjelasan kepada semua pemimpin Pemuda BN tidak lama lagi.
"Saya rasa bahang itu telah berkurangan dan ini peluang kepada beliau untuk memberikan penjelasan," katanya.
Sementara itu, ketika merasmikan persidangan tersebut berkata beliau dapat menerima kritikan yang membina dan yang ditujukan terhadap isu berkenaan, bukannya kritikan yang dilemparkan kepada beliau atau bersifat peribadi.
Tanpa merujuk kepada sesiapa, Koh berkata, beliau sentiasa bersabar dalam menghadapi kritikan terbabit.
Pada masa yang sama, katanya, beliau berusaha mencari jalan penyelesaian melalui perbincangan walaupun kebanyakan kritikan itu bersifat peribadi.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.