Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Sarawak beri izin bersyarat jamuan makan malam Tahun Baru Cina
Diterbitkan:  Feb 5, 2021 7:47 PM
Dikemaskini: 11:47 AM

Kerajaan Sawarak tidak akan mengehadkan kehadiran orang untuk menyertai makan malam pada Tahun Baru Cina kepada hanya anggota dari rumah yang sama saja, lapor media.

Bagaimanapun garis panduan yang disediakan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) itu menetapkan jumlah maksimum untuk menyertai makan malam itu kepada 20 orang saja.

SDMC juga mensyaratkan jamuan tersebut tidak boleh diadakan di hotel atau restoran.

"Prosedur operasi standard (SOP) untuk jamuan makan malam SDMC berbeza.

"Ia mengambil kira adik-beradik sekeluarga dengan anak-anak saudara yang tinggal di pekan atau bandar sama dan tidak logik untuk tidak membenarkan mereka mempraktikkan tradisi turun-temurun ini," kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Sarawak, Sebastian Ting yang dipetik The Borneo Post.

Jamuan sempena Tahun Baru Cina adalah amalan tradisi yang diadakan pada malam sambutan perayaan tersebut. Tahun ini ia dirayakan pada 11 Feb.

Isu SOP sempena jamuan makan malam itu menjadi perhatian ramai selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan ia hanya boleh diadakan sesama ahli keluarga yang serumah.

Ia mendapat kritikan selain menjadi bahan sindiran banyak pihak.

Kata Ting SDMC juga membenarkan ahli keluarga sehingga 20 orang untuk datang berziarah pada hari pertama perayaan tersebut.

Bagaimanapun katanya kerajaan Sarawak akan mengikut peraturan MKN yang melarang amalan rumah terbuka untuk kalangan bukan ahli keluarga atau ziarah rumah ke rumah.

Turut tidak dibenarkan ialah persembahan tarian naga dan singa.

Sambutan di kuil atau kawasan awam serta bazar, hotel atau kompleks beli-belah juga dilarang.

Sebagai tambahan, tuan rumah mesti menyediakan termometer atau mesin pengimbas suhu untuk tetamu yang datang, selain mewajibkan mereka mendaftar melalui aplikasi MySejahtera atau Qmunity.

Laporan itu juga berkata, pendaftaran manual mesti disertakan butiran peribadi serta nombor untuk dihubungi, selain individu yang dikesan bersuhu lebih 37.5°C dinasihat pergi mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Amalan bersalaman pula dilarang dan tuan rumah mesti memastikan tetamu sentiasa menjaga penjarakan fizikal pada setiap masa.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS