Syarikat penghantaran minta maaf pekerja agih bungkusan 'cara ganas'
Syarikat penghantaran J&T Express Malaysia Perak ingin "meminta maaf atas kejadian yang tidak diingini" susulan tularnya video yang menunjukkan pekerjanya membaling dan melonggokkan barangan yang belum dibuat penghantaran.
Bagaimanapun, J&T Express menafikan dakwaan pekerja syarikat terbabit mogok kerana masalah pembayaran gaji sebagaimana yang didakwa berikutan penyebaran rakaman video selama 15 saat itu.
"Kepada pelanggan yang dihormati, para pekerja J&T Express Perak ingin meminta maaf atas perangai pekerja dalam mengagihkan bungkusan dengan secara ganas dan sebarang keadaan yang tidak menyenangkan.
"Pihak J&T Express akan menyediakan lebih banyak latihan kepada pekerja kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
"Di samping itu, pihak J&T Express ingin menjelaskan perkara tentang pekerja J&T mogok dan tentang komisen adalah tidak benar. Segala perkara yang berlaku adalah satu salah faham semata-mata.
"Pihak J&T Express akan sedaya upaya meningkatkan mutu perkhidmatan kami," kata syarikat itu pada hantaran di media sosial.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.