Lagi nasihat untuk Khairy
Nampaknya rasa marah dan tidak senang terhadap Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (foto) berhubung kenyataan kontroversinya masih belum berakhir.
Nampaknya rasa marah dan tidak senang terhadap Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin (foto) berhubung kenyataan kontroversinya masih belum berakhir.
Hari ini, beliau menerima pengajaran mengenai kepimpinan dari seorang pemimpin veteran Barisan Nasional (BN) yang lebih dua kali ganda usiannya Presiden Gerakan, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik.
Tanpa menyebut nama, Lim bercakap panjang lebar mengenai apa yang perlu ada pada seorang pemimpin yang baik ketika berucap di persidangan perwakilan nasional parti Gerakan ke035 di Menara PGRM di Kuala Lumpur.
"Kami mahu pemimpin yang mempunyai hati dan juga minda. Mereka mesti ada hati untuk parti dan negara, bukannya untuk diri mereka sendiri.
"Mereka mesti ada minda supaya mereka tahu apa yang merek lakukan dan tidak membawa kita ke Holland (pepatah Hokkien yang bermaksud pemimpin yang membawa pengikutnya tanpa haluan)," katanya kepada para perwakilan.
Sedia buat pilihan
"Kepimpinan yang baik adalah tanggungjawab kepada kebajikan rakyat dan negara. Jika tanggungjawab itu dilaksanakan dengan baik, tidak ramai yang akan marah dengan tindakan dan keputusan yang ada buat.
Pemimpin yang baik bukan yang mampu menawan hati orang ramai atau seorang populis," tambahnya.
Tambahnya lagi, seorang pemimpin yang baik tidak boleh lari daripada membuat keputusan yang sukar atau takut untuk berdepan dengan orang yang sepatutnya didepani.
"(Dengan) melengah-lengahkan membuat pilihan yang sukar dan cuba untuk memuaskan setiap orang, anda akhirnya akan menimbul kemarahan dan rasa tidak puashati di kalangan mereka yang kreatif dan produktif dalam parti anda," katanya.
Kenyatan Lim itu dianggap sebagai lanjutan kepada teguran terhadap Khairy oleh Ketua Pemuda dan Wanita Gerakan semalam dan persidangan Pemuda MCA minggu lalu.
Khairy, yang juga menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah mencetus kontroversi apabila beliau mengingatkan bahawa masyarakat Cina akan mengambil kesempatan jika Umno lemah.
Kenyataan itu dikecam hebat oleh para perwakilan di perhimpunan agung MCA baru-baru ini, apabila Naib Ketua Pemuda Umno itu enggan memohon maaf terhadap kenyataannya itu.

