IKSA: PM mahu sektor awam 10 terbaik
Perdana Menteri mahu pencapaian sektor awam yang kini di kedudukan ke-24 dalam Indeks Kompetitif Sektor Awam 2005 di peringkatkan lagi sehingga menduduk tempat 10 terbaik.
Perdana Menteri mahu pencapaian sektor awam yang kini di kedudukan ke-24 dalam Indeks Kompetitif Sektor Awam 2005 di peringkatkan lagi sehingga menduduk tempat 10 terbaik.
"Saya percaya ia boleh ditingkatkan lagi kepada (tempat) antara 10 terbaik.. Kita tidak boleh bangga dengan apa yang kita perolehi.
"Kita mesti berusaha untuk meneruskan kejayaan dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pagi ini ini serta memperkenalkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan perlunya senikata lagu "Cemerlang, Gemilang dan Terbilang" yang dipilih sebagai lagu tema Misi Nasional, dihayati sepenuhnya oleh kakitangan awam dalam usaha mencipta lebih banyak kejayaan untuk bangsa dan negara.
"Kalau hari ini dah cemerlang cemerlangkanlah lagi, jadikan gemilang. Kalau dah gemilang jadikan ia terbilang," katanya.
Menurut laporan Bernama, Abdullah berkata seni kata lagu itu menggambarkan cabaran-cabaran dalam Misi Nasional iaitu perlumbaan mengejar tahap meritokrasi yang tertinggi sekali yang tiada noktahnya.
Cabaran misi nasional
Katanya, seni kata lagu itu menggambarkan cabaran-cabaran dalam Misi Nasional iaitu perlumbaan mengejar tahap meritokrasi yang tertinggi sekali yang tiada noktahnya.
Ketika memperkenalkan Mohd Sidek, Perdana Menteri KSN baru itu supaya meningkatkan lagi jalinan kerjasama yang sedia rapat antara sektor awam dan sektor swasta untuk membangunkan lagi ekonomi negara.
Katanya, tugas dan pengalaman yang ditimba Mohd Sidek di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) sebelum ini amat diperlukan untuk tujuan itu dan berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi misi dan visi yang beliau spesifikkan itu.
"Mudah-mudahan pelantikan beliau (sebagai KSN) kita akan dapat diterima baik.
"Saya percaya Tan Sri Sidek Hassan sudah bersedia, berada dalam posisi, kedudukan dan pengalaman yang baik untuk memimpin perkhidmatan awam, untuk memimpin semua pegawai kerajaan dan begitu juga pada waktu kita sekarang ini sedang menggemblengkan tenaga sepenuhnya, tenaga sektor awam dan swasta untuk membina satu kekuatan, daya kekukuhan ekonomi kita," katanya.
Mohd Sidek, 55, dilantik secara rasmi sebagai KSN Jumaat lepas menggantikan Tan Sri Samsudin Osman yang bersara berkuatkuasa semalam selepas kontraknya berakhir.
Maklum balas
Jawatan terakhir Mohd Sidek sebelum dilantik sebagai KSN adalah Ketua Setiausaha Miti sejak 24 Okt 2004 dan mempunyai pengalaman luas di Miti termasuk pernah ditugaskan sebagai Pesuruhjaya Perdagangan Malaysia di Sydney, Australia.
Pernah bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM, Mohd Sidek memulakan tugas dalam perkhidmatan awam sebagai pegawai tadbir dan diplomatik pada 1974 di Miti dengan jawatan Penolong Setiausaha.
Abdullah berkata adalah penting kerjasama rapat antara sektor awam dan swasta ditingkatkan lagi bagi membolehkan sektor awam memainkan peranannya sebagai pelengkap kepada peranan sektor swasta sebagai penjana dan enjin pertumbuhan ekonomi negara.
Katanya ini bermakna peranan sektor awam bukanlah terhad sebagai hanya penguatkuasa undang-undang dan peraturan serta pelaksana dasar malah dalam banyak hal membantu kerajaan mengemukakan pandangan, maklum balas dan cadangan untuk menangani masalah-masalah dari segi pelaksanaan.
Abdullah berkata beliau berharap pengalaman ditimba Mohd Sidek ketika mempengerusikan perjumpaan antara pihak di sektor swasta, penglibatan dalam dialog-dialog ekonomi di dalam dan luar negeri serta dalam penyediaan Perjanjian-perjanjian Perdagangan Bebas dengan negara luar, diharap dapat dijadikan panduan dalam tugas dan misinya sebagai KSN.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.