Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mahkamah tangguh pendakwaan exco Terengganu
Diterbitkan:  Feb 17, 2021 3:34 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Mahkamah Majistret Kuala Terengganu penangguhkan pendakwaan terhadap seorang wakil rakyat PAS , Dr Alias Razak, 62, susulan exco kerajaan tempatan, perumahan, Kesihatan dan alam sekitar Terengganu itu perlu menghadiri mesyuarat mingguan kerajaan negeri.

Alias, yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tunggal yang juga pengarah Kelana Jaya Medical Centre Sdn Bhd dijadualkan akan didakwa mengikut Seksyen 68 (1) Akta Syarikat 2016 (Akta 777) kerana gagal menyerah simpan penyata tahunan syarikat pada 2018.

Susulan itu, Majistret Norina Maludin menetapkan 29 Mac depan bagi sebutan semula kes berkenaan.

Terdahulu, Alias yang diwakili peguam Saifuddin Othman memaklumkan ketidakhadiran dengan alasan perlu menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri yang berlangsung setiap Rabu.

Proses pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Adam Mamat.

Jika sabit kesalahan ia boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000.

Lihat Komen
ADS